Seringkali kita dianjurkan berzikir kpd Allah. Allah berfirman “wa la zikrullahi akbar”
maksudnya dan mengingati Allah adalah yang paling besar atau hebat.
Marilah kita bermuhasabah apakah diri ini selalu berzikir dan mengingati Allah.
Dalam sehari2 kita adakah kita telah memuji, mengagungkan dan mengucapkan syukur kpd Allah.
Ramai orang hari ini berzikir tetapi tidak menghayati hakikat zikir yg betul.
Sepatutnya zikir di sebut di lidah hendaklah turun ke hati. Maksudnya hati turut sama berzikir mengingati Allah.
Berapa ramai antara kita yang memahami maksud atau pengertian
di sebalik subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar, Lailahaillah, istighfar dan selawat ke atas nabi.
Seringkali kita mengikuti tok Imam berzikir selepas sembahyang tetapi adakah hati kita turut berzikir
ataupun fikiran kita melayang memikirkan perkara lain.
Maksudnya Maha Suci Allah yg suci dari segala kekurangan dan
adalah satu zat yg tidak sama dgn makhluk lain ciptaannya. Sungguh suci Allah.
Apalah bandingan kita dgn zat yg Maha Suci.
Maksudnya Pujian hanya untukmu ya Alah. Bukankah Allah telah memberi kita mcm2 nikmat,
tidakkah kita mahu bersyukur dan memuji2 Allah atas segala nikmat yg telah di berikan kpd kita.
Maksudnya Allah Maha Besar. Lihatlah diri kita dan alam sekitar semuanya lambang kehebatan dan keagungan Allah taala.
Sekiranya Allah hendak menciptakan sesuatu dia hanya mengatakan kun maka benda tersebut terus terjadi. Siapakah yg lagi hebat dari Allah.
Apalah bandingan kita yg hina dina ini behadapan dgn Allah raja segala raja, yg hidup selama2nya dan meguasai semua makhluknya.
Maksudnya tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah
Allah lah satu2nya tuhan yg menciptakan alam ini.
Tidak ada tuhan lain dan kita semua hendaklah berserah diri dan menyembahnya shj tanpa mempersekutukannya.
Istighfar = astagfirullahhal a’zim.
Maksudnya saya meminta ampun kepada Allah yang maha agung. Dalam sehari2 kita adakah kita tidak pernah berbuat dosa kpd Allah,
sudah pasti kita insan yg tidak maksum ini byk sekali membuat dosa.
Sedangkan Nabi Muhammad yg dosanya yg dahulu dan akan datang telah di ampunkan oleh Allah pun sehari tidak kurang
dari 100 kali baginda beristighfar kpd Allah,
maka kita sebagai insan biasa perlulah lebih lagi meminta ampun.
Kita amat terhutang budi ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. kerana sebab baginda lah kita mendapat agama Islam yang mulia ini.
Kehidupan baginda telah menjadi suri teladan bagi semua orang islam.
Wajiblah bagi kita mengucapkan selawat ke atas nabi atas segala jasanya dan kemuliannya seorang rasul yang paling dicintai oleh Allah.
Hendaknya sambil kita berzikir hendaklah roh kita turut serta berzikir.
Semoga Allah menunjuki cara untuk kita beribadat sesuai dgn kemuliaannya.
renung2kan..selamat beramal..